Tuesday, August 01, 2006

Terlerainya sebuah ikatan yg Suci..

hari ini aku bangun, air mata mengalir di pipi.. entah berape kali aku cuber menahan perasaan sedih dan terkilan aku nie, tp air "mutiara" tu tetap mengalir jatuh!!

aku bangun sebagai org yg baru... itu niat aku sebelum aku tido smlm.. selepas segala-gala nya terlerai antara aku dan insan yg amat aku sayang sesungguh hati itu!!
sedih dan air mata tiada gune lagi since hati insan yg aku sayang itu telah "dihadiahkan" kepada org lain.. iaitu pesaing aku..

tp, dalam teresak2 nafas ku, aku cuber mengawal diri agar tidak bertindak diluar batas yg spatut nye.. perkataan yg mmg aku tidak mahu meyebut nya kini telah ku ulang 2 kali.. " mulai saat ini, aku lepas kan kau pergi, aku lepaskan segala kenangan dan memori kita slama ini. semua ini demi kebahgiaan kau dan "lover" baru mu!!!"

cinta yg aku semai selame 7 bulan akhirnya tamat pada waktu dan waktu di mana aku sangat memerlukan insan itu sebagai tempat aku mengadu nasib dan "have shoulder to cry with".. saat di mana aku terasa seperti aku keseorang dalam dunia ni, even kawan2 aku disekeliling masih concern about me..

pada satu sudut hati kecil ni, ingin sekali aku menghalang insan itu pergi bersama orang baru itu, kerna aku sangat dan sangat dan sangat menyayangi nye demi langit yg aku junjung dan demi tanah yg aku pijak!!! mustahil sekali aku melepaskan insan tersayang itu berlalu pergi dengan org baru itu... mustahil!!

tp, aku teringat sepotong ayat yg aku penah dengar " jika melepaskan dia pergi itu adalah demi kebaikan dan kebahgiaan si dia, maka lepaskan lah die pergi biarpon hati mu itu sakit dan perit kerana itu lah tanda kita sangat menyanyangi nye kerna kita tidak mahu melukai nya!!!" so, aku mengaplikasikanya dlam kisah cinta aku bersama insan itu..

sungguh mudah cinta dileraikan... dan juga sungguh mudah diri dikhianati dan dikecewakan... tp, sebagai manusia yg masih percayakan ketentuan Illahi, maka aku cuber utk pasrah dengan reality ini biarpon amat dan amat menyakitkan sanubari dan nurani ini yg amat menyintai insan itu melebihi segala-gala nya dlam idup aku ini!!

mungkin insan itu tidak tau betapa dalamnya cinta aku pada nya, betapa agung nya cinta dan kasih sayang aku pada nya dan betapa sakit, perit dan seksa utk melepaskan insan itu pergi ke "tangan" orang lain yg sangat2 baru dikenali oleh insan itu!!!

BERSAMBUNG............

1 comment:

shafizanjohari said...

AK was here....and understand ur undiscoverd feelings!